Hukum Pakai Gelang Bagi Lelaki

Antara perkara yang dilupakan oleh orang Islam hari ini bagi memperkasa jati dirinya ialah dengan memperdalami ilmu-ilmu fardu ‘ain dan mengetahui perancangan musuh Islam yang setiap masa mencari jalan bagi menghancurkan pegangan dan hubungan mereka kepada Allah SWT.
Permusuhan mereka telah disebut oleh Allah dalam al-Quran, antaranya menerusi ayat 120 surah al-Baqarah maksudnya : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda kamu (sebagai orang Islam) hingga kamu mengikut agama mereka”.
Menerusi ayat 82 surah al-Maidah pula, Allah menegaskan maksudnya : “Kamu akan dapati bahawa orang paling dahsyat menimpakan permusuhan ke atas orang-orang Islam adalah di kalangan Yahudi dan yang sekutu dengan mereka “.
Justeru, kejahilan dan kedangkalan untuk tidak memperdalami ilmu-ilmu agama boleh menyebabkan seseorang itu terikut-ikut dengan tindakan, penampilan, cara hidup orang-orang Kafir.
Musuh Islam merancang termasuk dalam bidang perubatan agar orang Islam juga terjebak untuk menerima cara yang diperkenalkan, sebagai contoh mereka mencipta alat bagi mengurangkan tekanan darah dan sebagainya dalam bentuk gelang tangan, bagi orang Islam yang tipis imannya akan menerimanya tapi kerana
memakai gelang itu adalah dilarang untuk dipakai oleh lelaki muslim, maka itulah cara terbaik diperkenalkan oleh musuh agar kaum muslim dilaknat oleh Allah, apabila dilaknat sudah tentu mereka tidak akan menjadi umat yang kuat untuk menghadapi kemaraan musuh mereka.

Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan perubatan telah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya daripada ‘Imran Bin Hussain r.a, bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini? (iaitu yang dipakai oleh lelaki tersebut di pergelangan tangannya), beliau berkata : Ia adalah gelang perubatan, tegas baginda Rasulullah : Sesungguhnya benda itu (gelang tangan itu) tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) selama-lamanya. Hadis Sohih yang ke 19885 riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya.

Pakai gelang tangan menjadi trend dan budaya baru. Di Malaysia ia bermula pada zaman dahulu kala di mana gelang hitam diberikan sebagai hadiah kepada kaum keluarga terdekat dan sahabat-sahabat oleh orang yang baru balik Mekah. Aku pun dulu pernah pakainya masa kecil-kecil.
Sekarang ini pula ia dibenarkan oleh Tabung Haji kepada Jemaaah haji apabila berada di tanah suci kerana faktor mudah untuk dikenali kalau-kalau berlaku apa-apa kemalangan di sana atau sebarang kes hilang, maka mudahlah untuk dikenali. Ohh.. ini Jemaah Haji Malaysia, sebab ada gelang.
Yang peliknya Pak-pak Haji yang lelaki ni bila balik ke Malaysia tak mau cabut buang gelang itu. Dipakainya ke mana-mana termasuk ke surau masid.

Jenis – jenis gelang yang haram bagi lelaki:
1- Gelang Kayu Koka
2- Gelang Kristal
3- Gelang Tasbih
4- Gelang Getah plastik
5- Gelang Besi magnetik
6- Gelang Besi Tabung Haji (bila dah sampai Malaysia)
dan gelang-gelang lain yang bila dilihat orang, orang ramai kata ianya gelang, hatta budak kecil pun kata gelang.

Jenis-jenis gelang yang diharuskan :
1- Gelang pesakit semasa di hospital. Ia ditanda nama pesakit dan wad.
2- Gelang penjenayah/pesalah. Ianya dipakaikan oleh pihak polis bila tangkapan dibuat.
3- Gelang kaki bagi pesakit gila.

Sekiranya ada yang hendak pakai sangat, maka dia hendaklah berusaha jadikan dirinya salah satu daripada 3 golongan itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: