99 NAMA-NAMA TUHAN & FADHILATNYA

AR-RAHMAN : Yang Dermawan – Pemberi rahmat dan kemakmuran kepada makhluknya tanpa perbezaan .

Fadhilat-nya : Sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas sembahyang fardhu, insyaALLAH akan mempunyai ingatan baik, fiikiran tegas serta murah hati .

AR-RAHIM : Yang Pengampun -Terutama kepada mereka yang menggunakan hadiah-hadiah sebagai kehendak Tuhan yang maha pengampun dihari kemudian .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali selepas fajar, insyaAllah akan menemui orang-orang yang baik hati .

AL-MALIK : Maharaja Teragung – Ialah Raja yang paling agung diseluruh dunia .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaAllah akan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh orang lain .

AL-QUDDIS : Yang Suci – Ia bebas dari segala kesilapan,kelupaan dan tidak keupayaan atau kurang kesempurnaan,
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaAllah akan bebas daripada kebimbangan .

AS-SALAM : Punca Keamanan – Dialah penyelamat hamba-hamba -Nya dari bahaya serta rintangan serta memberi tahniah kepada mereka yang di dalam syurga .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 160 kali berulang-ulang ditempat orang yang sakit,boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaALLAH dengan pertolongan-Nya dapat menyembuhkan si pesakit.

AL-MU’MIN : Wali Kepercayaan -Barang siapa menempatkan kepercayaan pada hamba-Nya,peliharalah mereka yang mencari perlindungan pada-Nya , kemudian berikanlah ketenteraman .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali, insyaALLAH akan jauh dari bahaya .

AL-MUHAYMIN : Penjaga – Ialah menjaga dan memerhatikan segala harta benda .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang , insyaAllah cahaya perasaan mereka akan bersinar .

AL’AZIZ : Maha Perkasa – Ialah yang tak dapat ditaklukkan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali selepas fajar menyinsing selama 40 hari , insyaALLAH akan bebas daripada bantuan orang lain.

AL-JABBAR : Pemaksa – Ia memperbaiki serta menyelesaikan yang belum lengkap dan mempunyai kebolehan dan menyuruh dengan kekerasan atas diri mereka supaya melakukan mengikut kehendak-Nya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya , ataupun terdedah oleh bahaya , kesukaran mahupun kekerasan .

AL-MUTAKABBIR :Yang Mulia – Ia menunjukkan kebesaran- Nya sebelum bersetubuh dengan isterinya , insyaALLAH Allah akan menganugerahkan olehnya anak yang salih.

AL-KHALIQ :Pembuat – Ia yang menjadikan segala-galanya tanpa sesuatu apa pun dan tahu pula apa akan terjadi keatas semuanya .

AL-BARI’ :Penjadi -Ia menjadikan segala-galanya sempurna .

AL-MUSAWWIR :Pereka – Ia reka segala-galanya .
Fadhilatnya :Jika seseorang ibu atau bakal ibu hendak melahirkan anak tetapi tiada berdaya , hendaklah ia berpuasa selama 7 hari , dan sewaktu berbuka hendaklah ia menyebut YA-KHALIQ,YA-BARI’,YA-MUSSAWIR (pembuat , penjadi dan pereka ) sebanyak tiga kali sebelum ia meminum air . InsyaALLAH permintaannya akan dikabulkan .

AL-GHAFFAR :Pengampun – Ia sangat pengampun .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang tiga kali , insyaALLAH akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya .

AL-QAHHAR :Penakluk – Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH akan mengatasi kehendaknya , dan akan mengalami jiwa yang tenang serta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh orang lain .

AL-WAHHAB :Penganugerah – Ia sentiasa menganugerah hamba-hambaNya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali insyaALLAH akan dimurahkan rezeki .

AL-FATTAH :Pembuka – Ia memberi penyelesaian kepada kemushkilan atau masalah serta mengurangkan rintangan .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan terbuka hatinya untuk berjaya .

AL-‘ALIM :Yang Maha Mengetahui – Ia mengetahui segala-galanya.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , InsyaALLAH akan bersinar hatinya dengan cahaya suci .

AL-QABID :Pengekang – Ia mengekang .
Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari , insyaALLAH ia tidak akan kebuluran .

AL-BASIT :Pembesar – Ia berkuasa membesarkan .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali sewaktu fajar dengan mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukaNya , insyaALLAH ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .

AL-KHAFID :Perendah diri – Yang mengurangkan .
Fadhilatnya :Sesiapa yang berkuasa selama tiga hari , hendaklah menyebut nama-Nya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali ,
insyaALLAH ia akan dipelihara daripa musuhnya .

AR-RAFI’ :Peninggi – Yang meninggikan .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang kali pada waktu siang dan malam,insyaALLAH Allah akan meninggikan martabatnya , kekayaannya serta darjatnya .

AL-MU’IZZ :Penghormat – Ia mashyur serta mulia dan dihormati oleh sesiapa jua pun.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 140 kali selepas sembahyang isya’ setiap hari isnin dan jumaat , insyaALLAH Allah akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain .

AL-MUZILL :Penguji -Ia akan menjatuhkan seseorang kelembah kehinaan.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 75 kali berulang-ulang , insyaALLAH akan terjatuh daripada aniaya orang-orang yang dengki kepadanya.Allah akan memeliharanya .

AS-SAMI’ :Maha Mendengar – Ia mendengar segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang tanpa bercakap dengan sesiapapun pada hari khamis selepas
sembahyang zohor ( tengah hari ) , insyaALLAH Allah akan mengkhabulkan apa sahaja kehendaknya .

AL-BASIR :Yang Maha Melihat – Ia melihat segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali berulang-ulang antara sembahyang fardhu dan yang pertama setelah sembahyang Jumaat , InsyaALLAH Allah akan menjadikan dirinya mulia dikhalayak ramai .

AL-HAKKAM :Ia mengadili serta memberikan sesuatu dengan sepatutnya.

AL-‘ADL :Pengadil – Sesungguhnya adil .
Fadhilatnya :Jika sesiapa menulis nama-Nya pada malam jumaat pada sekeping roti dan memakannya, insyaALLAH orang akan
mengikut kehendaknya .

AL-LATIF :Pelemah Lembut – Ia mengetahui apa sahaja erti yang lembut serta menjadikan segala-galanya yang lembut atau halus walaupun tidak diketahui manusia . Ia memberi kebahagiaan sehalus-halusnya kepada manusia .
Fadhilatnya :Jika seseorang ditimpa kemiskinan dan keseorangan , sebutlah nama-Nya 100 kali selepas dua rakaat selepas sembahyang (tambahan),insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .

AL-KHABIR :Maha Mengetahui – Ia mengetahui apa sahaja yang sulit dan maksud atau tujuannya .
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai kebiasaan yang tidak baik dan tidak disukainya pula , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH kebiasaan itu akan ditinggalkannya kemudian .

AL-HALIM :Penyabar – Ianya berkuasa .
Fadhilatnya :Apabila seseorang menulis nama-Nya atas kertas , setelah itu menanamkannya ke dalam tanah di mana sebutir benih ditanam , insyaALLAH bahaya atau malapetaka tidak akan menimpa .

AL- ‘AZIM :Yang Maha Besar – Ia mulia .
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang, insyaALLAH akan dihormati .

AL-GHAFUR :Maha Pengampun – Ia mengampuni semua hambaNya .
Fadhilatnya :Sesiapa dihidapi penyakit kepala , demam atau dukacita , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan
sembuh .

ASH-SHAKUR :Yang Bersyukur – Sesiapa yang bersyukur akan diberi hadiah kerana jasa untukNya .
Fadhilatnya :Sesiapa berasa hatinya berat dan kemudian menyebut nama-Nya 41 kali , diikuti dengan bernafas ke dalam gelas berisi
air dan membasuh mukanya , insyaALLAH hatinya akan menjadi lapang atau lega .

AL-‘ALI :Yang Termulia – Ianya yang paling mulia .
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai keyakinan yang lemah tetapi menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH keyakinannya akan teguh .

AL-KABIR :Yang Maha Besar – Ialah yang paling besar .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali setiap hari , insyaALLAH ia akan memperolehi kemuliaan.

AL-HAFIZ :Pemelihara – Ia memelihara segala-galanya serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 16 kali sehari insya ALLAH ia akan diselamatkan dari malapetaka.

AL-MUQIT :Penjaga – Ia menjaga .
Fadhilatnya :Sesiapa mempunyai anak yang kurang sopan , menyebut nama-Nya.

AL-HASIB :Maha Penghitung – Ia mengetahui apa sahaja sebenarnya berkenaan perniagaan seseorang sepanjang hayat .
Fadhilatnya :Apabila seseorang takut dirompak,maupun akibat dengki musuhnya , mulakan menyebut ………..atau membaca
nama-Nya 70 kali pada hari khamis – siang atau malam . Bila tiba hari ke 71 sebutlah bahawa Allah Maha Penghitung atau Habiyallah-ul-Hasib.InsyaALLAH ia akan selamat.

AL-JALIL :Maha Tinggi – Ianya maha kaya serba berkuasa .
Fadhilatnya :Sesiapa menulis nama-Nya pada kertas dengan membubuh kasturi dan kunyit , kemudian membasuhnya dan akhirnya meminum air tersebut dari sebuah tembikar , insyaALLAH ia akan dimuliakan oleh manusia .

AL-KARIM :Yang Maha Pemurah – Ianya sangat pemurah .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerima kemuliaan di dunia serta akhirat.

AR-RAQIB :Maha Waspada – Ianya memperhatikan apa jua hamba-hambaNya lakukan di dunia ini .

AL-MUJIB :Maha Pengkabul – Ianya pengkabul bagi segala keperluan manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa memohon kepadaNya , insyaALLAH niatnya akan dikabulkan .

AL-WASI’ :Yang Menyeluruh – Ia mempunyai kuasa yang tiada terbatas.
Fadhilatnya :Andainya seseorang mengalami kesukaran mencari mata pencarian , sebutlah nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH ia akan menerimanya bagi keperluan hidupnya yang lebih baik .

AL-HAKIM :Yang Bijaksana – Ia mempunyai kebijaksanaan dalam segala masalah .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya terus menerus (dari masa ke masa),insyaALLAH ia tidak akan menemui kesukaran dalam pekerjaannya .

AL-WADUD :Yang Maha Penyayang – Ia menyayangi mereka yang berbuat baik dan akan menganugerahkan belas kasihan-Nya kelak .
Fadhilatnya :Andainya dua orang bergaduh , sementara seorang daripadanya menyebut nama-Nya 1,000 kali di atas makanan
yang telah tersedia dan dimakan pula oleh temannya itu , insyaALLAH pertikaian antara mereka akan selesai .

AL-MAJID :Yang Maha Mulia – Ianya sangat mulia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menerima kebahagiaan .

AL-BA’ITH :Pembangkit Semula – Dialah yang memberi penghidupan kepada semua makhluk dihari pengadilan .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya akan mempunyai perasaan takut dan hormat terhadap ALLAH .

ASH-SHAHID :Saksi – Dia yang berada dimana-mana dan mengawasi segala-galanya.
Fadhilatnya :Sesiapa yang mempunyai anak yang degil dan mengulangi nama-Nya kepada anak itu , insyaALLAH anak itu
akan menurut perintah .

AL-HAQQA :Kebenaran – KeujudanNya tiada perubahan .
Fadhilatnya :Jika seseorang hilang sesuatu dan mengulang nama-Nya insyaALLAH dia akan jumpa apa yang telah hilang .

AL-WAKIL :Wali – Dia menyediakan segala-galanya untuk mengatasi segala masalah dengan cara baik .
Fadhilatnya :Sesiapa yang takutkan mati lemas , hangus dalam api atau bahaya yang serupa dan mengulangi nama-Nya berterus-terusan ,dari masa kesemasa , insyaALLAH akan berada dibawah perlindungan ALLAH .

AL-QAWI :Paling Kuat – Dia yang terkuat .
Fadhilatnya :Sesiapa yang tidak boleh mengalahkan musuhnya , tetapi mengulangi nama-Nya dengan niat tidak mahu dicederakan,
insyaALLAH akan bebas dari kecederaan musuhnya .

AL-MATIN :Teguh – Dia berkuasa dan teguh , tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya .
Fadhilatnya :Jika seseorang mempunyai kesusahan dan mengulangi nama-Nya , insyaALLAH kesusahannya akan lenyap .

AL-WALI :Pelindung – Dia adalah sahabat hamba-hambaNya yang adil .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya,insyaALLAH mungkin menjadi seorang waliullah .

AL-HAMID :Pujian – Hanya dia seorang yang patut dipuji dan dimuliakan serta diberi penghargaan oleh semua makhluk .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya ,insyaALLAH akan disayangi dan dipuji .

AL-MUHSI :Penghitung – Dia mengetahui angka segala benda walaupun tidak boleh dikira dan dia mengetahui tiap-tiap satu
darinya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang takut di soal di hari pengadilan , dan mengulangi nama-Nya 1,000 kali , insyaALLAH akan mempunyai kemudahan .

AL-MUBDI :Pengasal – Dia yang telah mencipta semua makhluk untuk pertama kali bukan dari apa-apa dan tanpa sebarang contoh .
Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang dan dihembuskan ibu yang mengandung yang takutkan keguguran , insyaALLAH ibu itu akan bebas dari bahaya .

AL-MU’ID :Pemulih – Dialah yang menghidupkan semula semua makhluk.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang untuk seseorang yang jauh dari keluarganya , insyaALLAH orang
itu akan pulang dengan selamat .

AL-MUHYI :Pemberi Kehidupan – Dialah yang memberi kehidupan dan kesihatan

Fadhilatnya : Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi nama-Nya 7 kali setiap hari , insyaALLAH bebanannya akan dikurangkan .

AL-MIMUT :Pencipta Kematian – Dialah yang mencipta kematian .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memusnahkan niat musuhnya .

AL-HAYY :Hidup – Dialah yang mengetahui segala-galanya dan kekuatannya .
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan mempunyai umur yang panjang .

AL-QAYYUM :Hidup Sendiri -Dialah yang memegang seluruh alam semesta .
Fadhilatnya : Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH tidak akan tewas dalam kelalaian .

AL-WAJID :Penemu – Dialah yang dapat apa jua yang dikehendaki dalam keinginannya.
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan memiliki kemuliaan hati .

AL-MAJID :Berhati Mulia – Dialah yang mulia hatinya , yang membuat kebajikan dan dermawan .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH akan diterangkan hatinya .

AL-WAHID :Yang Maha Istimewa – Ianya tunggal dalam segala tindakanNya , tidak ada berteman atau bersifat yang sama
dengan sesiapa pun , bahkan perawakan dan perintah .

Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang seorang diri ditempat sunyi , insyaALLAH akan bebas daripada
ketakutan serta kebingunan .

AL-AHAD : Yang Tunggal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang kali , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya yang mana ia tidak akan perlukan bantuan orang lain .

AS-SAMAD : Yang Berkekalan – Ianya adalah tunggal bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihapuskan.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH Allah akan memberi kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan bantuan orang lain .

AL-QADIR :Sentiasa Sanggup – Ia sentiasa sanggup melakukan apa sahaja kehendakNya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH harus sedar akan kebenaran .

AL-MUQTADIR :Berkuasa – Dialah yang lebih berkuasa dari segala makhlukNya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang mengulangi nama-Nya , insyaALLAH ia menyedari kebenarannya .

AL-MUQADDIM : Maha Penyelenggaran .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya di medan perang mahupun didalam ketakutan kerana bersendirian oleh sebab ganjilnya keadaan sekeliling , insyaALLAH bahaya tidak akan menimpa dirinya .

AL-MU’AKHKHIR : Maha Penagguh – Ianya menangguhkan apa sahaja yang dikehendakiNya .
Fadilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali di dalam hati setiap hari , insyaALLAH hanya ketaatan kepada Allah sentiasa kekal . Ketaatan kepada yang lain tidak mempengaruhinya .

AL-AWWAL : Pengawal .
Fadhilatnya : Sesiapa sahaja berkehendakkan anak ataupun mahu bersama-sama dengan seseorang dalam perjalanan , ia harus menyebut nama-Nya 1,000 kali dalam masa 40 jumaat .

AL-AKHIR : Yang Akhir .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami hidup yang sempurna dan matinya pun sedemikian pula.

AZ-ZAHIR : Penzahir .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 15 kali selepas sembahyang jumaat , insyaALLAH nur atau cahaya akan menyinari hatinya .

AL-BATIN : Pembatin .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 3 kali setiap hari , insyaALLAH akan dapat mengetahui kebenaran segala-galanya .

AL-WALI : Wali atau Pemerintah .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , kemudian menghembuskan nafasnya ke dalam rumahnya , insyaALLAH keselamatan rumahnya akan terpelihara .

AL-MUTA’ALI : Yang Teramat Mulia – Ianya yang termulia dalam sebarang tindakan ,cara atau keadaan , bahkan fikiran seorang manusia . Ianya adalah yang paling tinggi.

AL-BARRA : Sumber Segala Kebaikan – Sesiapa yang penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang-binatang , tentulah baik kepada semuanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya kepada anak-anaknya, insyaALLAH ia akan dijauhkan daripada kemalangan .

AT-TAWWAB : Penerima Ketaubatan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH taubatnya akan diterima .

AL-MUNTAQIM : Penghukum – Ia menghukum mereka yang bersalah.
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menakluki musuh-musuhnya .

AL-‘AFUW :Pengampun – Ia sangat pengampun kepada mereka yang taubat , seolah-olah mereka tidak berdosa .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH segala dosanya akan diampunkan .

AR-RA’UF : Maha Pengasih dan Penyayang – Ianya sungguh pengasih dan penyayang.
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dikasihi Allah .

MALIK-UL-MULK : Pemilik Kedaulatan Yang Kekal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan dihormati Allah .

DHUL-JALAL-WAL-IKRAM : Pengusaha Keagungan Serta Kedaulatan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH dengan kerajinan bekerja serta tekun akan bertemu dengan kejayaan .

AL-MUQSIT :Maha Pengadil – Ianya tetap maha adil dalam segala-galanya .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , InsyaALLAH akan terjauh dari godaan syaitan .

AL-JAME’ :Pengumpul – Ia mengumpulkan segala-galanya pada sebarang waktu .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan menemui benda-benda yang hilang .

AL-GHANI :Serba Lengkap .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyALLAH akan bersyukur dan tidak akan ada hasrat dengki .

AL-MUGHNI :Pengmakmur .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya 10 kali Jumaat , insyaALLAH tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun .

AL-MANI’ :Pencegah .
Fadhilatnya :Mereka yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan mengalami penghidupan keluarga yang berbahagia .

AD-DARR :Pengganggu – Ia menjadikan sesuatu yang menyebabkan seseorang bersifat rendah .
Fadhilatnya :Jika sesiapa yang berketurunan sifat rendah menyebut nama-Nya berulang-ulang setiap malam Jumaat , insyaALLAH taraf mereka akan dinaikkan .

AN-NAFI’ :Makmur – Ia menjadikan segala-galanya untuk kebahagiaan manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang dalam masa empat hari ,insyaALLAH ia akan jauh dari aniaya atau bahaya .

AN-NUR :Cahaya – Ia memberikan cahaya mulia keseluruh alam , wajah , fikiran serta hati makhluknya .
Fadhilatnya :Sesiapa yang menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH hatinya akan lebih terang .

AL-HADI :Penuntun – Ia memimpin hamba-hambaNya menuju kejayaan serta mengarahnya berbakti kepada manusia .
Fadhilatnya :Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan memperoleh pengetahuan ruhani .

AL-BADI :Tiada BandinganNya – Ia membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 70 kali berulang-ulang , insyaALLAH kesusahannya akan hilang . ( Ya , ALLAH , Engkaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini . )

AL-BAQI : Yang Kekal .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 100 kali sebelum matahari terbit , insyaALLAH akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya dan insyaALLAH dosanya akan diampunkan .

AL-WARITH : Waris Agung – Ialah menguasai segala-galanya .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya berulang-ulang , insyaALLAH akan hidup lama .

AR-RASHID : Pemimpin Ke Arah Kebenaran – Ialah pemimpin yang bijaksana bagi membimbing makhlukNya kearah kebenaran .
Fadhilatnya : Sesiapa menyebut nama-Nya 1,000 kali di antara Maghrib dan isya , insyaALLAH kesusahannya akan hilang .

AS-SABUR : Penyabar .
Fadhilatnya : Sesiapa ditimpa kesusahan ataupun dukacita hendaklah menyebut nama-Nya 3,000 kali , insyaALLAH ia akan terselamat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: