Status MLM CNI dalam Islam

Soalan

Assalamualaikum, saya cuma mahukan kepastian ttg MLM yg dijalankan oleh CNI. Apa yg saya tahu ia tidak menggunakan sistem pyramid, ia halal atau haram?

Soalan diterima melalui sistem SMS dari nombor:

60139323xxx

Jawapan

Saya tidak pernah membuat kajian tentang CNI , cuma seorang ahli Shariah iaitu Prof. Madya Dr Hailani Muji Tahir, pensyarah Jabatan Shariah, UKM pernah membentangkn satu kertas kerja berkenaan MLM dan CNI di Seminar Fiqh Semasa di UIAM pada tarikh 6 Ogos 2004.

Justeru, saya petik beberpa point sahaja dari kajian beliau berkenaan MLM CNI.

CNI banyak melahirkan usahawan Melayu Muslim yang berjaya, tetapi persoalan yang perlu ditimbulkan di sini adakah hanya kerana MLM mampu untuk meningkatkan ekonomi umat islam, kita seolah memejamkan mata dan melupaskan kajian terperinci, ia perlu dilakukan bagi memastikan MLM ini selaras dengan Shariah. Tidak semestinya sesuatu yang diakui sah di sisi undang-undang itu selari dengan kehendak Shariah.

Begitu juga aspek keraguan seperti samsaran ala samsarah. Ini dilakukan oleh CNI, ternyata aspek ini terlalu menonjol dalam proses menaja atau merekrut ahli baru sehingga timbul istilah upline dan downline. Proses ini akan berterusan dan seseorang downline walaupun ia mempunyai upline, ia juga akan menjadi upline apabila menajaindividu lain untuk menyertai CNI.

Praktikal ini nampaknya bercanggah dengan pembrokeran yang disebut dalam Fiqh silam iaitu pembrokeran adalah satu aktiviti menjual atau membeli yang dilakukan seseorang terhadap orag lain yang berstatus pemilik ( malik) dan upah diberikan kepadanya atas usaha yang dilakukan itu dan bukan dilakukan daripada seorang broker ke atas broker yang lain. Ini adalah kerana broker bertindak sebagai orang tengah ( mutawassit) iaitu ia berperanan sebagai orang yang mempertemukan dua kepentingan yang berbeza; kepentingan pembeli dan penjual ( Muhammad Zukery Hashim, MLM Mengayakan orang atas?, Usahawan Sukses, Sept 2003, hlm 48)

Selain dari dua isu utama yang diketengahkan, isu pemberian bonus dalam CNO juga perlu diteliti. Ini kerana setiap pembelian downline, upline akan menerima PV atau BV secara tidak langsung kerana setiap akhir bulan, CNI akan mengira jumlah PV dan BV secara keseluruhannya dan ditambah dengan pembelian upline tersebut. Jika jumlah ini mencapai jumlah PV dan BV yang ditentukan, upline tersbeut akan dinaikkan pangkat dan diberikan bonus seperti yang dijanjikan. Ini menampakkan seolah-olah upline tersebut mendapat hasil tanpa melakukan usaha sewajarnya. Upline tersebut berada di atas hasil daripada PV dan BV terkumpul hasil daripada pembelian downline. Adakah perniagaan seperti ini diharuskan dalam Islam?

Walaupun ada jutawan MLM CNI seperti Zulkery Hashim menafikan system MLM mengayakan orang atas, tetapi itulah hakikatnya, semakin tinggi kedudukan seseroang dalam system MLM, semakin sedikit usaha yang perlu dilakukan tetapi semakin banyak bonus dan insentif yang diterima. Begitu juga semakin banyak PV dan BV terkumpul daripada ahli, semakin tinggilah pangkat dan bonus yang diterima. Ini kerana PV dalam CNI adalah sebagai mekanisme untuk mengukur pangkat, manakala BV pula sebagai mekanisme untuk mengukur bonus yang bakal diterima setiap bulan.

Sebagai buktinya di sini dinyatakan kaedah yang diterima oleh apa yang disebut dalam CNI sebagai peringkat Pengedar dan dinyatakan juga faedah dan bonus peringkat eksekutif. Sebagai contoh, Pengedar Emas hanya menerima bonus prestasi sebanyak 18 % dan bonus daripada syarikat antara RM 500 hingga RM 1000 berbanding Pengurus Agensi Intan Jutawan yang menerima faedah malncong dunia, Tabung insentif rumah yang boleh mencecah RM 2 juta dan bonus daripada syarikat antara RM 30,000 hingga RM 200,000.

Mungkin ada individu cuba membandingkan pendapatan dalam MLM dengan pendapatan dalam system bergaji. Dalam system bergaji, semakin besar pangkat dan kedudukan, semakin tinggi bayaran gaji yang diberikan, begitu juga MLM.

Pandangan ini perlu disangkal, keran adalam system bergaji, gaji yang diterima selarasa dengan usaha yang dilakukan. Para eksekutif dan jawatan tinggi terpaksa menggunakan daya pemikiran yang maksima untuk merancang dan menjayakan sesuatu projek. Penggunaan daya fikiran disahkan oleh kajian sains memerlukan tenaga yang lebih berbanding membanting keringat sebagai tukan kebun. Justeru gaji yang diterima oleh eksekutif selaras dengan usaha yang dilakukan.

Perkara ini tidak berlaku dalam MLM, apa yang dititik beratkan dalam system MLM iailah apabila jumlah belian daripada downlinetinggi dan mencapai tahap tertentu, upline akan dinaikkan pangkat. Perkara ini dipraktikkan dalam CNI, sebagai contohnya untuk memenuhi kelayakan sebagai Pengurus Agensi Intan Jutawan , individu hanya perlu mengumpul jumlah 100 PV untuk jualan sendiri, 500 PV untuk jualan kumpulan sendiri dan 15000 PV untuk jualan keseluruhan rangkaian dowlinenya ( CNI, rancangan perniagaan, hlm 2). Untuk mendapat 100 PV individu tersebut hanya perlu berbelanja lebih kurang RM 120 dan yang lain adalah hasil pembelian dowlinenya. Ini menampakkan usaha yang dilakukan tidak setimpal dengan ganjaran yang diterimanya

Itulah serba ringkas petikan dari kajian Prof. Madya Dr Hailani Muji Tahir, Pensyarah Jabatan Shariah, UKM

Ia secara sepintas lalu mendedahkan beberapa keraguannya dalam operasi CNI. Saya tiada sebarang komen lanjut, cukup sekadar mengemukakan kajian Prof, Madya itu. Sebarang ketidapuasan hati, sila kemukakan kepada Prof. Madya sendiri dan bukan kepada saya.

Untuk pembacaan lanjut tentang Hukum MLM, Sila buka di sini MLM

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: