kecantikan luar dalam

GEMBIRAKAH diri apabila menjadi idaman lelaki? Apatah lagi menjadi idaman lelaki baik dan cerdik, yang memang menjadi pujaan ramai.

Barangkali lebih berasa gembira bila menjadi idaman masyarakat, negara bahkan agama.

Ada kalanya, jauh di sudut hati terfikir cara menjadi wanita idaman sedangkan diri tidak mempunyai kulit seputih kapas, wajah secantik model jelita atau seindah bulan purnama.

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk tubuh kamu dan tidak juga pada rupa paras kamu, tapi Dia melihat pada hati kamu.” (Daripada Abu Hurairah ra)

Ramai wanita mengimpikan memiliki pasangan jejaka kacak, beragama bahkan berpendidikan tinggi serta berharta.

Sekiranya jejaka mengimpikan untuk memiliki gadis jelita selain aspek penting yang menjadi perkiraannya dalam mencari pasangan atau jodoh, wanita juga berhak untuk mencari pasangan yang ada ciri sebagaimana diimpikan.

Dalam hal ini, wanita disarankan supaya memiliki kecantikan diri, lemah-lembut selain perawakan dan penampilan hebat.

Bagi melihat sejauh mana mulianya aspek diri untuk menjadi kebanggaan sekali gus mencapai keredaan Allah, selidik diri untuk mencari kemuliaan yang dimaksudkan.

Antara perkara yang perlu diperhatikan dan diperbaiki adalah hati, pemikiran, luaran dan hal berkaitan diri.

Mungkin dengan cara meneliti soal itu, anda akan menemui beberapa aspek menarik dan perlu dicantikkan dari semasa ke semasa.

– Hati. Inilah yang paling penting. Hati hendaklah dibersihkan. Hati perlu dihidupkan selalu dengan sentiasa mengingati Allah, kenal Allah serta yakin dengan hakikat yang kita hamba Allah.

Hati juga hendaklah dihiaskan dengan benih mahmudah dan disucikan daripada sampah mazmumah.

Harus diingat, untuk membersihkan hati bukannya mudah. Hendaklah bermujahadah kerana apabila hati tunduk pada Allah, bersih daripada kekotoran maka buah akhlak akan muncul.

Akhlak ialah aspek luaran yang muncul hasil kebersihan hati yang suci murni.

– Luaran. Kalau sudah dapat menutup aurat dan mengikut apa yang Allah tetapkan, bersyukurlah. Tapi kalau belum, buatlah apa yang patut.

Dia yang menciptakan semua makhluk, Dia lebih tahu apa yang baik untuk ciptaanNya.

– Pemikiran. Gadis idaman mempunyai pemikiran yang jauh dan besar. Dengan kata lain, dia sentiasa berfikir demi kebahagiaan diri dan masyarakat.

Cara berfikir pada asasnya hendaklah didasarkan oleh ilmu dan panduan yang betul serta bertunjangkan al-Quran dan sunnah.

Bagaimanapun, apa juga yang dilakukan sebenarnya bukan untuk mendapat penghargaan dan pujaan masyarakat tetapi untuk memenuhi kewajipan sebagai hamba Allah yang mendiami bumiNya.

Tidak dinafikan untuk menjadi gadis idaman bukan mudah tetapi harus berusaha. Benda yang mahal memang payah untuk dimiliki, umpama intan dan kaca.

Kaca digunakan sebagai bekas untuk menyimpan intan dan hakikatnya, intan jauh lebih mahal daripada kaca. Intan jualah yang tetap menjadi idaman manusia di dunia ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: