Rahsia Perempuan Yang Patut Lelaki Tahu

1. Bila sorang wanita mengatakan dia
sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia
sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu
selepas kamu menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk
menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang
dia benci tentang orang yang paling dia
sayang

4. Sekiranya sorang wanita jatuh
cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu
akan sentiasa ada di fikirannya walaupun
ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan
cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian
tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis
yang sukakan kamu separuh mati, tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar
sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia
dah buat keputusan, dia akan lakukan apa
saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula
menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan,cubalah
tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang
mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka
meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu
perempuan yang mereka ni lansung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh
mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang
dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui
telefon,si gadis akan bersikap acuh tak
acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi
sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan
menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu
berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu
erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang
wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia
mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi
seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang
tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama
dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk
memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa
yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh
cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih
awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari
cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan
tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas
keluar,benda pertama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di
sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa
ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di
tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah
cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa
yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang
berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil
berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang
lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang
yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad
ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya
dicintai setulus hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: