16 Petua Kasih Sayang Suami Isteri

Beberapa petua yang disediakan ini kemungkinan dapat membantu anda dalam usaha
menambat hati suami:

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Apabila suami pulang
dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai aktiviti suami
sepanjang hari, (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah
untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk
menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah  memberi perhatian
dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit
setiap hari kepada suami.

4. Tanya keluarga suami terutama ibu mentua, mengenai hadiah yang disukai oleh
suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Sekali sekala cuba hidangkan resipi ibu mentua yang menjadi kegemaran suami.
Beri pujian terhadap penampilan suami seperti rambut, wajah,pakaian dan
sebagainya.

6. Cepat-cepat pujuk apabila suami marah atau berkecil hati.

7. Jangan biarkan suami menunggu terlalu lama terutama apabila bersiap. Ucapkan
terima kasih kepada suami apabila dia memberitahu akan pulang lewat. Pesan
kepada suami agar menelefon anda sekiranya suami mempunyai tugasan di luar.
8. Apabila suami meminta bantuan, buatlah serta merta dengan ikhlas dan
gembira. Jangan mengungkit atau banyak memberi komen.

9. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali
sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami
apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

10 Beri perhatian sepenuhnya kepada suami apabila dia bercakap. Kalau boleh,
hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan.

11 Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

12 Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau
kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan
penelitian.

13 Apabila meminta bantuan suami, terangkan kepadanya dengan jelas mengenai
kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan
memaksa, sebaliknya gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.

14 Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama..

15 Beri layanan istimewa kepada suami di hari-hari istimewa seperti keluar
‘dating’ atau ‘berbulan madu’ sekali sekala.

16 Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa. Belai dan urut mengurut
suami dari semasa ke semasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: